Wednesday, 21 October 2015

Chicken pox berjemaah...

25 September, Jumaat, malamnya saya dinner 1 family di muara duyong..bila nak balik akak ipar saya tegur, 'dik, dekat muka Aleesya ada bintik-bintik..kena chicken pox ke?'.. saya dgn cepat pi terus belek muka anak, ya Allah banyak da rupanya bintik-bintik kat muka dia..tp terselindung kat dahi n dagu..patutla beberapa hari sebelum tu Aleesya mengadu badan dia rasa panas..tapi bila ibu rasa xde plak panas, panas dalam la tu..2 minggu sebelum tu sepupu dia baru sembuh dari chicken pox..

Esoknya, timbul bintik-bintik pula dekat badan Faheem..ahh sudahhh..kena serentak pulak da..maka, bermulah episod ibu menjaga 2 anak yang diserang chicken pox..bawa ke klinik, doktor bagi ubat demam, ubat tahan gatal dan calamine lotion..

apa yang saya buat semasa jaga anak chicken pox?
- mandi dengan air semambu (orang tua kata nak kurangkan gatal)
- lapik tempat tidur anak dengan daun semambu
- sapu bintik chicken pox dengan calamine lotion / bedak sejuk+daun semambu yang diramas
- bagi minum air kelapa
- selalu tukar cadar, sarung bantal, towel 
 
bedak sejuk+daun semambu yang diramas



hari ke-3 Aleesya dan Faheem diserang chicken pox 
 

Ahad petang, 27 September, saya mula rasa sakit urat..badan panas sejuk. dari petang hingga malam, saya terbaring sahaja..hampir sms kepada GB dan GPK1 yang saya mahu memohon CRK (cuti rehat) keesokan harinya.tapi memandangkan esok hari pertama sekolah lepas cuti sekolah seminggu, niat tu terpadam..berharap esok pagi lepas bangun tidur badan da rasa ok..

Isnin pagi, 28 September, badan da rasa ok nak pi keje..masak breakfast macam biasa..last sekali mandi..masa tgh mandi dekat badan rasa bintik-bintik..hurmmmmm...tau da la punca rasa xselesa semalam..yes,saya juga kena chicken pox!dapat dr anak2..pi klinik and dapat 5 hari MC straight..

Da tua-tua kena chicken pox?seksa sangat!hari ke-3 dan ke-4 adalah hari plg kronik buat saya..kepala rasa macam ada apit-g!berdenyut-denyut,badan sakit urat,bila petang hingga malam mulalah simptom demam sekejap2 dan waktu malam tak boleh tidur sebab rasa gatal sangat di kepala..apa yang saya buat adalah terbaring sajaaaaa..hari ke-5 n ke-6 bdn rasa da sihat sikit, tapi saya tak boleh menunduk, nanti pening kepala semula.. isnin petang, suami belikan air kelapa muda..esoknya bintik2 keluar maha dahsyat!ya Allah rasa menyesal pulak minum air kelapa..fobia pon ade..haha..lagi rasa fobia sebab keluar banyak kat muka!




muka saya hari ke-4..siap pakej muka membengkak dengan jayanya..ngeri tengok muka sendiri T_T


minggu ke-2, chicken pox saya masih belum kering, dan doktor bagi sy mc another 1w..maknanya + dengan cuti sekolah, saya cuti 3minggu straight..dgr mcm seronok, tapi seksa nak tahan sakit n gatal, Allah je yg tau..



muka saya hari ke-11


muka saya hari ke-16..sudah mula berkerja dengan parut yang masih kekal di muka..tah bila nak hilang..huu


8 Oktober, hari ke-11 saya sakit, suami saya pula mengalami simptom sakit urat dan demam pada waktu petang..n da dpt agak da kenapaaa..esoknya, anak saya yang ke-3 pula muncul bintik2..maka, lengkaplah 1 keluarga saya diserang chicken pox..betol2 berjemaah, 5 orang terus kena! dan puaslah kami sekeluarga kuarantin di rumah selama sebulannnnnnnn..




turn suami n anak ke-3 ber chicken pox..last batch..

*saya dan suami belum pernah kena chicken pox semasa kecil..