Sunday 1 November 2015

Bina Rumah 1 : Ukur tanah dan letak batu sempadan

Saya dalam proses membuat rumah. Mak bagi tanah, dan saya bina rumah. Hajat di hati nak buat gov. loan. Tapi tak dapat sebab tanah yg berukuran 1 ekar tu ada 2 nama. Bahagian mak ialah 2/3, dan dari 2/3 tu mak nak bagi saya dan abang. Syarat kerajaan Melaka, tanah 1 ekar hanya boleh ada 2 nama sahaja. Jadi tanah tu tak dapat dipecahkan lot seperti yang dirancang. Jadi saya dan suami sedang berusaha keras (kononnya) nak kumpul duit, sebab rumah tu perlu dibuat cash! huaaaaa...



 

ni rupa tanahnya dengan semak dan hutan


Ok, 1st step is 'UKUR TANAH'! Penting ni untuk elakkan bergaduh di kemudian hari. Sebenarnya mak da ukur masa beli tanah tu, tapi takut batu sempadan da bergerak sebab tanah da sangat semak samun dan berhutan. Jadi misi mencari juruukur. Cari di internet, tanya kawan, tanya sini, tanya sana.

Kawan suami mahu RM700 (standard rate), kawan kepada cikgu sekolah saya mahu sampai RM1800! Sangat xlogik nak mahal-mahal. Last-last mak cakap try contact juruukur yang mak guna dulu. Nama panggilan dia Mat je. Alhamdulillah dia nak RM400 sahaja.

Mat datang tengok tanah pada 23 Ogos tak silap. Bawa sekali alat pengukur, tapi takde gambar sebab tak bawa hp masa tu. Hari pertama datang, dia cakap tak sempat habiskan 1 hari sahaja sebab alat pengukur dia macam ada ralat dan keadaan semak yang agak tebal. Dia pun minta up upah jadi RM450. Suami pon say yes je sebab memang sangat bersemak.


ni rupa lorong yang Mat dan pembantunya buat untuk masuk ke dalam.



ini 3 orang pengikut setia saya :)

25 Ogos-Mat datang lagi dengan pembantu. Ukur dari pagi hingga petang dan Alhamdulillah settle semuanya pada hari ke-2.


ni rupa 'geran' tanah yang dibahagi 3. Setiap bahagian luas dalam 1391m2 = 14 972 sqf


Tanah mak ialah plot 1 dan plot 2. Mak beli dari sedara, harga 2/3 ekar = RM63k macam tu. Plot 3 pulak orang lain punya. Disebabkan saya yang akan membuat rumah dahulu, jadi mak bagi can nak pilih tanah mana 1. Sebelum ukur, saya pilih plot 1 sebab tepi jalan. Tapi lepas ukur, tengok macam cantik je plot 2. Plot 1 sangat memanjang. Jadi saya pilih plot 2. Tq mak! =)


5 comments:

  1. Hi kak. Bole dpt kan no abg mat tu. Sy pun ad bwt ukur sempadan jugak

    ReplyDelete
  2. Hai kak...nk no juruukur tu....sy nk buat ukur sempadan tanah gak...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wbt, puan dah siap buat rumah? Share la story buat rumah pula. Suka baca...

    ReplyDelete
  4. Assalam
    Boleh share saya hp no jurukur tuu.plss

    ReplyDelete
  5. Boleh x mta bantuan tuk khidmat juruukur tu kalau ad no phone ke?

    ReplyDelete