Saturday 21 November 2015

Bina rumah 2 : Bersih tanah

Lepas ukur tanah, bersihkan tanah pula! Ada salah faham sikit mengenai kawasan yang perlu dibersihkan. Saya hanya ingin membersihkan bahagian tanah saya, tapi encik suami salah dengar dan inform kepada pakcik JCB yang tanah bahagian depan pon bersihkan juga. Takpela, da terlepas cakap da pon, kami hanya biarkan saja pakcik JCB bersihkan 2/3 ekar tanah tersebut. Kami mengharapkan urusan bersih tanah akan selesai dalam masa 1 hari sahaja supaya kos nya boleh berkurang. Tapi, memandangkan bahagian yang saya pilih pokok2 nya boleh tahan besar, jadi harapan hanya tinggal harapan. Ngeeee

Kami berurusan dengan bos+owner JCB, Ah Chai untuk menyewa JCB. 1 hari sewa RM400 bermula 19 September 2015.

19 Sept-pekerja Ah Chai, Latif sampai seawal 8.30 pg. Kerja bagus, on time. Rehat pada pukul 10 pg dalam setengah jam. Sambung semula sehingga pukul 12 tghri, rehat lunch selama 1 jam. Pukul 1 akan mula semula bekerja. Rehat ke-3 pada pukul 3 ptg (setengah jam) dan sambung sehingga pukul 4.30 ptg. Latif balik dalam pukul 4.30 - 4.40 macam tu la. 


 inilah Latif, kerja ok. Ni permulaan bersih tanah.

ni pukul 4 ptg hari pertama, da banyak pokok yang dah ditumbangkan

ni pula gambar hari ke-2. hampir semua pokok untuk 2/3 ekar sudah dibersihkan


dalam proses membakar kayu-kayu selepas lebih 2 minggu dibiarkan

- kos terkini :-
 
 
Bil.
Perkara
Bil. Hari
Jumlah (RM)
1.
Ukur tanah
1
450.00
2.
Bersih tanah (1hari=RM400)
2
800.00
JUMLAH
1250.00


No comments:

Post a Comment