Salam..hari ini weekend, dapatlah memasak untuk family.selalu mak yang masak lunch untuk hari-hari kerja.hari ni masak simple-simple sahaja,kerabu sotong.so di bawah resepi kerabu sotong yang simple sesuai untuk mak-mak yang tak berapa nak rajin..hihi
Kerabu sotong simple
(4-5 orang makan)
Bahan-bahan
7 ekor sotong saiz sederhana
1 labu bawang besar
1-2 biji tomato (buang biji)
11 biji cili padi (ikut tahap kepedasan masing-masing)
5-7 biji limau kasturi
garam
Cara penyediaan
1. Bersihkan sotong, potong macam biasa. Rebus dalam air panas sehingga sotong nampak dah masak. Letak sedikit garam dalam air rebusan. Angkat dan toskan.
2. Potong halus bawang besar, cili padi dan tomato yang telah dibuang bijinya. (buang biji sebab xnak kerabu tak berair sangat kot. sy pon xberapa nak pakar bab ni)
3. Satukan kesemuanya termasuk sotong yang telah ditoskan airnya, garam dan perah limau.
4. Kacau-kacau dan siap!
taraaaaaa.....
ni kerabu sotong yang sangat la simpleeee..kalau nak lagi umphh, please add something else. Bunga kantan, sos ikan, mangga..bla bla bla..en suami tak suka bunga kantan bagai..phewww..nasib baik..kurang sikit kerja! ngeeeee
No comments:
Post a Comment