Tuesday, 2 June 2015

my clingy baby

Saya ada 3 orang anak..yg pertama Nur Aleesya 4 tahun, ke-2 Muhammad Faheem 3 tahun dan ke-3 Nur Addeena 2 tahun. And yes! saya bersalin setahun sorang, 2011 2012 2013. Hari ni saya nak menceritakan mengenai anak saya yang ke-3, Nur Addeena yg bermaksud 'Cahaya agama kami'. Sudah dipersetujui oleh kami suami isteri untuk menamakan anak perempuan bermula dari huruf A seperti ibu, dan anak lelaki dari huruf F mengikut ayah.

So far Addeena adalah anak yg paling lama menyusu dengan saya, sudah menjangkau 1tahun 6bulan..yeay, ibu da boleh dpt master in breastfeeding! 6months to go untuk mlgkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Being anak yg plg lama menyusu badan, and paling lama menjadi bongsu(setakat ni ^_^), budak sorang ni sangatla super duper manja tahap gaban.

bila Ibu atau ayah balik kerja, dia akan melekat dengan kita tak gerak2. you can not move! duduk diam2 sebelah die kalau tak kena marah oleh bdk garang ni! Kita tengok siapa yg balik kerja dulu, kalau ayah balik dulu dia akan geng ayah sampai ibu balik kerja. Bila ibu sampai dia akan melupakan ayah dalam sekelip mata. Seperti kacang lupakan kulit ye kau nak!hahaha.. Kalau ibu yg balik kerja dulu, die pimpin tangan ibu siap2 masuk bilik, sediakan bantal untuk ibu n sebut the magic words la menandakan dia nak menyusu sekarang juga! tak boleh lambat,nak buka tudung n stokin pon jadi masalah besar pada dia.

Nenek cakap anak2 ibu senang di jaga kalau sy n suami tiada kat rumah termasuk la si kenit addeena ni. Kalau kami kat rumah ya ampun anak2 ku sini nangis sana nangis sini gado sana gado. Boleh pitam! Tapi anak tetap anak, mcm mana kita tak cukup tangan jaga ank2 kita macam tu la juga parents kita jaga kita dulu :)

Nah belanja gambar dengan Addeena my clingy baby sikit!

Ini gambar latest kami di Hadramawt Palace di Bukit Baru. Tengok tu dengan slumber tolak muka ibu.

Di hari pembukaan Melantak Steak Hub di Kota Syahbandar. Tengok betapa sukar untuk mengawal si kenit di kedai makan. Meronta-ronta nak turun. Bawa Addeena ke kedai makan bermakna ayah dan ibu akan siap makan dalam masa less than setengah jam! takpe Addeena, ibu harap Addeena behave sikit after entering 2yo just like akak and abang. 

On the way balik ke rumah mil. Almost every weekend kami akan balik ke rumah mertua since berpindah ke semenanjung. Dalam kereta pon tak nak duduk diam. hurmmmm

Addeena teman ibu berbasikal dari rumah ke Pantai Puteri. Kenapa dia teman? sebab dia akan nangis bila nampak ibu da start kayuh basikal.Menggigil ok ibu kayuh basikal daki bukit. Siap turun, tolak basikal lagi!hahaha

 Gambar ni ayah wasap kat ibu. Ibu balik kerja lambat hari tu. Dua beradik berlakon nak pi sekolah.

Addeena dgn abang dan kakak. Ibu jaga sorang2 malam ni, ayah pi main futsal.

Walaupun Addeena anak clingy ibu, dia refuse nak sebut perkataan IBU tu. lagi-lagi ayah.. sentap mak tau! nak datang ngadu kat kita pon panggil kita ayah plak. Maafkan keserabutan saya dalam video tersebut. Capai je tudung yang ada sebab Addeena xnak ibu amek video die sorang2, kena teman!




tengok tuuuu..last2 dia marah ibu paksa dia sebut ibu...aptb

* baru perasan saya guna tudung yang sama dalam 3/5 gambar dan video yang saya upload hari ni..ngeee



No comments:

Post a Comment