Otw balik dari rumah mil, tiba-tiba terbayang-bayang siput sedut masak lemak cili api. Sedapnya kalau dapat. "Bang, jom pi pasar Klebang, nak beli siput sedut". Hah pantas gitu. Bayang je terus pi beli. Siput sedut ni tak puas makan kalau beli yang da siap masak. RM5 dapatlah semangkuk kecil je. Lain la betul-betul tak tahan sangat nak makan, baru pi beli yang da siap je.
Sebungkus ni beratnya 1kg=RM10.
Anak-anak seronok tengok siput bergerak-gerak. Muka kagum masing-masing. Kekekeke
Taraaa da siap siang. Siang-menyiang siput ni tugas laki aku. Walaupun dia tak berapa makan pon sebenarnya, tapi demi isteri tercinta pasrah jela :p Nak buang ekor siput ni pon kene ada skill. Tak boleh buang terlalu sedikit, nanti susah nak sedut. Buang terlampau banyak pulak nanti rugi.
Selalunya masak siput sedut ni dengan keladi. Selalu kalau mak ada mak yang pi amekkan keladi. Ni mak pi melancong, memang tak la aku nak ke kebun cari keladi. Nasib kat kedai jual siput sedut tu ada jual keladi, tapi yang belum siang. "Makcik, ada tak keladi yang dah siap siang. Takde, tapi kalau anak nak makcik boleh tolong siangkan. Alamak makcik takpela, anak saya tengah menangis dalam kereta tu, takut lama pulak suami saya kena tunggu.' Sigh.. Nampaknya siput sedut aku hari ni tanpa keladi. Tapi aku kan orang yang kalau nak, mesti nak juga. hahaha.. Dengan muka pasrah bawa pisau pi kebun cari pokok keladi. Siang la keladi sambil ditemani sekumpulan nyamuk yang ghairah mencium-cium tanganku. Mak, cepatlah balik.Hihi.. So, inilah keladi yang aku siang sendiri. Hodoh rupa parasnya. Ahh..janji adaaaaa.....
Bahan-bahan
1kg siput sedut (bersihkan dan buang ekornya)
Cili api (saya guna 41biji-amalkan letak bilangan ganjil)
Halia
Kunyit hidup
Serai
Santan (guna 1kotak santan)
Keladi (Rebus dengan asam jawa dan garam untuk hilangkan gatal)
Garam
Gula
Asam keping
Cara penyediaan
1. Mesin cili api bersama halia dan kunyit hidup. Stail aku tak letak bawang dalam masak lemak cili api.
2. Masak pes yang sudah di blend tadi sehingga mendidih untuk hilangkan rasa pijar cili.
3. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan santan, garam, gula sedikit sahaja untuk balance kan rasa pedas, asam keping, serai. Kena kacau selalu supaya santan tidak berketul.
5. Da mendidih, masukkan siput dan keladi yang sudah direbus.
6. Masak dalam 15 minit kot. Siapppppp...
* Resepi dalam blog ni cincai-cincai saje ye. Aku bukan pandai masak. Sebab tu tak letak exact nilai bahan-bahan yang kena letak. Aku is masak campak-campak.
* Kalau ikut mak, lepas santan mendidih baru masukkan siput sebab mak cakap siput tak perlu masak lama. Kalau ikut mil, siput masuk sekali awal-awal masa didihkan cili sama macam cara buat ayam/daging masak lemak cili api. Ikut keselesaan dan selera korang ok. Aku both style pon boleh jak.
Ni nak kongsi gambar asam yang aku gunakan. This one is asam kulit. Kalau simpan dalam peti sejuk asam ni akan kekal warna merah kecoklatan. Tapi aku simpan di luar, jadi warna da bertukar jadi hitam tapi masih boleh guna. Fungsi sama macam asam keping, untuk wujudkan rasa masam pada masakan. But antara asam keping dan asam kulit, aku pilih asam kulit sebab rasanya yang kurang masam dan lebih lemak. Asam kulit ni pengasuh anak-anak saya di Sarawak dulu yang bagi. Kat sana sangatlah banyak pokok asam.
ok..Selamat memasak.. :)
No comments:
Post a Comment