Saturday 20 June 2015

Maybank Treats Fair

Hari ni aku macam da takde keje sangat dok update blog. Bila xupdate, berkurun ko tinggalkan kan? Keje banyak, sangat banyak. Tapi xdak mood.

Aku pengguna kad kredit. Tegar. Aku guna kad kredit maybank petronas. Apply masa buka akaun maybank di Lawas. Tujuan asal sebab mudah nak beli tiket flight. Tapi lepas tu terlepas jauh dari sasaran. Banyak digunakan masa aku n lakiku dok berjauhan. Sebulan 2x naik flight. Bukan sikit duit belanja yang lebur bila pjj. Bila suami dapat pindah duduk sama, baru perbelanjaan kembali stabil. Kami langsaikan semua hutang kad kredit. Guna hanya untuk isi minyak dan berbelanja groceries.

Waktu guna kad kredit pon kena pandai. Kalau isi minyak di petronas pada hari biasa, pointnya x5. Tapi point akan x8 bila kita isi weekend. Macam tu juga bila beli groceries di supermarket. Untuk hari biasa pointnya x1, kalau weekend point akan x5. Kenapa saya suka kumpul point? Sebab point2 tu boleh redeem! 

Ni barang pertama aku redeem. Philips food processor. Sangat berguna untuk aku yang konon-konon suka masak. Harga dalam RM100+. Aku reedem pada tahun 2012.

Selepas redemption yg pertama, kami gigih kumpul point. Hingga April 2015 point terkumpul ialah 120k+. Terbaca status kawan yg point utk redeem barang akan dinaikkan pada 1 Mei, aku cepat2 ke Maybank Cheng nak isi borang sebab aku mengalami masalah bila nak isi online.

 Aku nak redeem Aeon voucher 27 300=RM100. Dengan point yang terkumpul, aku dpt redeem RM400 voucher. 

Staff janji akan fax borang aku ke HQ hari yang sama, dan aku akan dapat voucher tu dalam masa paling lambat sebulan. Tapi masuk sebulan setengah tak nampak langsung bayang voucher. Aku decide nak pi cek balik permohonan aku di Maybank lain. Aku ke Maybank Pulau Sebang memandangkan food processor tu aku redeem di sana, dan barangnya muncul depan mata. Staf kat sana tolong call kan bahagian redemption point di KL. 

Aku : Boleh tolong cek kan status permohonan redemption treatpoint saya. (Give details)
Staf : Maaf puan, setelah saya semak permohonan puan tiada dalam rekod.
A : (Menyumpah dalam hati)
S : Kalau puan nak, saya boleh tolong applykan permohonan yang baru.
A : Ok lah macam tu, tolong buatkan permohonan yang baru.
S : Puan nak redeem barang apa?
A : Saya nak redeem barang yang sama, Aeon voucher. Haritu saya layak RM400.
S : Maaf puan, point telah dinaikkan sejak 1 Mei jadi nilainya da berbeza.
A : Saya sudah mohon sebelum 1 Mei dan masih menggunakan point yang lama. Saya rasa tak adil kalau saya kena guna point yang baru.
S : Saya faham, tapi saya tak boleh buat apa-apa.
A : Jadi apa solution untuk kes saya ni?
S : Puan boleh pergi semula ke Maybank yang puan buat permohonan ataupun ke Maybank treats fair di Mid Valley pada 11-14 Mei.
A : Ok, nanti sy fikirkan. TQ.

Point baru selepas 1 Mei. Voucher RM100 yang pada mulanya 27k point da jd 43k point. Beza sangat2!

So aku ada 2 option, 1 pergi semula ke Maybank Cheng, 2 ke Maybank Treats Fair. I chose option 2 sebab aku da malas nak jumpe pegawai yg xbertanggungjawab xhantar applicatin aku n kebetulan aku memang nak ke KL weekend tu. Lagipun dengar nama Mid Valley pon da teruja. Mid dengan budak UM memang kamceng!

Gerak dari Melaka pukul 830 dan masuk Mid pada pukul 11. Jalan nak masuk Mid ni xpernah xjem! Suami cakap xpela, sekejap je kan kat Maybank tu. Bukan ramai pon nak pi benda2 macam ni (ayat orang xpernah pi :D). Sampai2 kt hall tu amek kau, orang same ramai macam bila ada Baby fair! Kami dengan 3 anak kecik kena bersesak-sesak. Sabar sungguh! 

Entrance. Buat di Mid Valley Exh. Centre. Tengok lautan manusia.

 Cek treat points before ke booth yang dipilih. Earned 127k+.

 
Kami diberi pamplet barang yang boleh di redeem. Mata terus fokus Aeon voucher. 25k=RM100, rezeki! Alhamdulillah!

Untuk kaunter voucher redemption, kami kena beratur dalam 500m-600m. Lebih dari tu pon ye jugak. Queu yg sangat panjang. Dengan 3 cikenit, Boleh bayang tak? Dengan tempat beratur takde ekon. Dalam hati dok berdoa janganlah anak-anak meragam. Baru je habis doa Faheem da start drama. Nak ini nak itu. Baru beratur 2 minit da macam 20 minit. Tiba-tiba ada staff maybank datang, 
' Akak ikut saya eh. Akak dengan anak kecil'. Terus dibawa pi depan kaunter! Alhamdulillah lagi sekali urusan kami dipermudahkan hari ini.

 Ibu tersenyum lebar. RM500 Aeon voucher, boleh shopping baju raya anak =)
(1 set ada 5 keping voucher RM20)

Nak pakai kad kredit boleh, tapi kena disiplin. Guna terus bayar. Sepanjang 2012-2014 kami memang disiplin. Tapi bila dapat balik semenanjung, agak terumbang ambing sebab gaji yang makin kurang compared dengan gaji di Borneo, dan mudah sangat nak pi tempat shopping! Kalau dulu 2 jam setengah drive baru dapat jumpa Shopping mall yang selesa.

*sedang berusaha untuk menstruktur semula bajet bulanan dan cuba untuk kawal nafsu shopping!





Melantak Steak Hub

Aku jarang pi MP (Mahkota Parade, Banda Hilir) sebab MP tak mesra baby. Takde troli!haha.. troli sangat penting untung aku n lakiku. Nak jaga 3 orang cikenit without troli boleh mengundang amarah dan last-last rosak mood nak shopping. To be safe, p jela aeon mydin aeon mydin aeon mydin. Huaaa..

Otw balik dari Banda Hilir ke rumah, mesti lalu satu kedai 'Melantak Steak Hub' (terlupa nak ambil gambar depan kedai,nanti da ambil will update). First time ternampak kedai ni yang still under construction masa tu, aku jerit kat laki aku. Abang, tengok tu! Nama kedai dia melantak la. Rare ni, sangat melaka. Hahaha.. Nanti kita try bila die nak bukak ok!

24 Mei, aku kat rumah mil browsing Fb and aku menjerit kat laki aku. Macam takde keja lain kan. Menjerit je keje. Tu nak tunjukkan aku excited. Abang, Melantak da bukak la, rini opening..letssss... Laki aku cam biasa la bila bab makan laju je setuju. Ok, kita gerak after maghrib.

After maghrib, gigih laki aku drive 1 jam lebih dari Pulau Sebang ke Bandar Melaka semata-mata nk p try kedai makan baru. Siapa2 yang dari arah Klebang, Melantak Steak Hub di sebelah kanan boleh pusing di Marvelux atau u-turn di traffic light Eye On Malaysia. Sampai kat kedai orang tak ramai lagi. Ermm..xdapat sambutan pon bang kedai ni. Jom masuk dulu. Dalam setengah jam lepas tu orang da ramai yang datang, nasib baik cepat!




 Atas-atas ni adalah pilihan yang ada. Banyak lagi pilihan, tapi i is segan nak amek gambar. Cara order, ambil daging yang kita pilih, bagi kat pekerja restoran dan dia akan masakkan untuk kita. Harga ikut harga daging yang kita pilih. Masa ni wagyu belum ada rasanya. Eh, kalau ada pon xmampu nak amek..

Salah satu hiasan dinding kedai ni. Aleesya komen, ibu gambar ni gelap la. Ibu amek lagi sekali. Tak rajin ibu nak (T_T)

Menu ayah. Harga dalam RM52. Kalau seorang makan, agak muak sebab sangat banyak. Tapi daging sangat lembut, tanggal dari tulang. Sos, mashed potato n coleslow sedap!

Menu ibu. Just nice untuk aku dan mulut2 kecik di sekelilingku. RM 24.

Temporary menu. Taken from melantak's fb.



Menu lain yang ada. For those yang tak makan daging boleh order spageti n chicken grilled. Pic taken from melantak's fb.

B. card and alamat Melantak.

Orang Melaka yang nak try steak, dialu-alukan datang sini. Sedap dan puas hati. And ownernya belajar dari Me'nate Steak Hub kalau tak silap. Jommmm!

*masa makan sini aku pelik kenapa ramai sangat staff petronas makan kat sini. Mesti owner ni geng dorang. And memang betul pon. Kawan cakap owner ex-staff petronas. Tujuan cerita? Sebab aku pernah praktikal dekat petronas Melaka nun!hahaha




Faheem 3 tahun!

16/6/2015, hari lahir Faheem yang ke-3..Selamat hari lahir anak ibu. Semoga menjadi anak yang soleh. Satu-satunya anak lelaki ibu setakat ni, sungguh la mencabar kewibawaan kami di sekelilingnya. Faheem anak yang lasak sangat lasak. Lasak yang bukan main-main. Lasak yang bila ditegur pon tak mendatangkan apa-apa kesan kat dia. hahaha.. adoila anak..

Macam adik beradik yang lain, birthday anak-anak ibu disambut secara sederhana. Cukup sekadar kek dan bawa anak-anak jalan. Plan tahun ni nak keluar selepas ibu & ayah balik dari kerja. Tapi memandangkan ibu ada meeting, plan asal terpaksa dianjak. Kami keluar selepas asar. Hanya ke Aeon Bandaraya memandangkan esoknya ibu dan ayah kena pi kerja.

 Anak-anak ibu. Sebab aku da malas nak usung stroller jd aku akan pilih tempat yang ada troli. Senang kau..Masuk tiga-tiga dalam tu, dan aku boleh shopping dgn bahagiadan sejahtera. Hehe.. Ni baru sampai Aeon. Biasa la anak aku mana nak tengok kamera..

Ibu beli 1 slice je sebab xkan abes kalau beli banyak-banyak.. Selamat Hari Lahir anak :)

Faheem 3 tahun? Nenek cakap, nenek ada 4 orang anak lelaki. Tapi takde sorang pon anak nenek yang boleh menandingi kelasakan Faheem. Sampai macam tu sekali.hehe.. Sudah berjaya diaperless di siang hari. 

Ni tengah demam jadi sopan santun sekejap die :p

jangan terpengaruh dengan kelembutan suara dia dalam ni. Pandai berlakon! Hahaha


Sunday 7 June 2015

Resepi siput sedut masak lemak cili api

Otw balik dari rumah mil, tiba-tiba terbayang-bayang siput sedut masak lemak cili api. Sedapnya kalau dapat. "Bang, jom pi pasar Klebang, nak beli siput sedut". Hah pantas gitu. Bayang je terus pi beli. Siput sedut ni tak puas makan kalau beli yang da siap masak. RM5 dapatlah semangkuk kecil je. Lain la betul-betul tak tahan sangat nak makan, baru pi beli yang da siap je.

Sebungkus ni beratnya 1kg=RM10.

Anak-anak seronok tengok siput bergerak-gerak. Muka kagum masing-masing. Kekekeke

Taraaa da siap siang. Siang-menyiang siput ni tugas laki aku. Walaupun dia tak berapa makan pon sebenarnya, tapi demi isteri tercinta pasrah jela :p Nak buang ekor siput ni pon kene ada skill. Tak boleh buang terlalu sedikit, nanti susah nak sedut. Buang terlampau banyak pulak nanti rugi.

Selalunya masak siput sedut ni dengan keladi. Selalu kalau mak ada mak yang pi amekkan keladi. Ni mak pi melancong, memang tak la aku nak ke kebun cari keladi. Nasib kat kedai jual siput sedut tu ada jual keladi, tapi yang belum siang. "Makcik, ada tak keladi yang dah siap siang. Takde, tapi kalau anak nak makcik boleh tolong siangkan. Alamak makcik takpela, anak saya tengah menangis dalam kereta tu, takut lama pulak suami saya kena tunggu.' Sigh.. Nampaknya siput sedut aku hari ni tanpa keladi. Tapi aku kan orang yang kalau nak, mesti nak juga. hahaha.. Dengan muka pasrah bawa pisau pi kebun cari pokok keladi. Siang la keladi sambil ditemani sekumpulan nyamuk yang ghairah mencium-cium tanganku. Mak, cepatlah balik.Hihi.. So, inilah keladi yang aku siang sendiri. Hodoh rupa parasnya. Ahh..janji adaaaaa.....

Bahan-bahan
1kg siput sedut (bersihkan dan buang ekornya)
Cili api (saya guna 41biji-amalkan letak bilangan ganjil)
Halia
Kunyit hidup
Serai
Santan (guna 1kotak santan)
Keladi (Rebus dengan asam jawa dan garam untuk hilangkan gatal)
Garam
Gula
Asam keping

Cara penyediaan
1. Mesin cili api bersama halia dan kunyit hidup. Stail aku tak letak bawang dalam masak lemak cili api.
2. Masak pes yang sudah di blend tadi sehingga mendidih untuk hilangkan rasa pijar cili.
3. Masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.
4. Masukkan santan, garam, gula sedikit sahaja untuk balance kan rasa pedas, asam keping, serai. Kena kacau selalu supaya santan tidak berketul.
5. Da mendidih, masukkan siput dan keladi yang sudah direbus.
6. Masak dalam 15 minit kot. Siapppppp...


* Resepi dalam blog ni cincai-cincai saje ye. Aku bukan pandai masak. Sebab tu tak letak exact nilai bahan-bahan yang kena letak. Aku is masak campak-campak.
* Kalau ikut mak, lepas santan mendidih baru masukkan siput sebab mak cakap siput tak perlu masak lama. Kalau ikut mil, siput masuk sekali awal-awal masa didihkan cili sama macam cara buat ayam/daging masak lemak cili api. Ikut keselesaan dan selera korang ok. Aku both style pon boleh jak.

Ni nak kongsi gambar asam yang aku gunakan. This one is asam kulit. Kalau simpan dalam peti sejuk asam ni akan kekal warna merah kecoklatan. Tapi aku simpan di luar, jadi warna da bertukar jadi hitam tapi masih boleh guna. Fungsi sama macam asam keping, untuk wujudkan rasa masam pada masakan. But antara asam keping dan asam kulit, aku pilih asam kulit sebab rasanya yang kurang masam dan lebih lemak. Asam kulit ni pengasuh anak-anak saya di Sarawak dulu yang bagi. Kat sana sangatlah banyak pokok asam.

ok..Selamat memasak.. :)


Thursday 4 June 2015

Asam pedas selera kampung

Saya jarang craving masakan kampung sebab masakan tu selalu makan di rumah. Ada 1 hari saya teringin sangat2 nak makan asam pedas beli. Tak nak yg mak atau sendiri masak. Sedikit gediks di situ..hehe.. Orang Melaka dan asam pedas memang tak dapat dipisahkan. Saya google restoran asam pedas yg recommended sekitar Melaka (orang Melaka pon kena google okehh!hahaha).. I chose Restoran Asam Pedas Selera Kampung and kawan yang baru melancong ke Melaka pon bagi good review pasal kedai ni.

 Menjadi orang Melaka celup yang kurang arif jalan-jalan kat Melaka ni, saya waze lokasi kedai ni. Once type kat waze tu keluar nama kedai ni, dengan gembira aku pilih terus. Sekali tah mana-mana waze bawa kami 1 family. Kami suspect mungkin tu lokasi lama kedai ni. Sungguh aku dan lakiku bersangka baik. Nasib baik xjauh.. P google semula baca blog orang yang pernah pi makan di sini, ceh dekat2 dengan Menara Taming Sari je rupenye. Berhadapan dengan Menara Taming Sari, bukanlah betol2 berhadapan. Kedai ni di corner, berhadapan dgn kedai kraftangan.

Ni alamat Restoran Asam Pedas Selera Kampung

Gambar di luar kedai.

Gambar menu dan senarai harga yang tak berapa clear sebab ambil gambar dari tepi.

Deretan asam pedas ikan. I was craving asam pedas telur ikan, tapi yilekkk..

Bahagian sayur dan ulam.

Selain asam pedas, ada juga menu lain macam udang galah masak lemak. Tapi harga sekor yg kecik rm30. Rindu makan udang galah puas-puas di Borneo. 1kg=rm25..heaven!

Ini menu yang kami makan. Asam pedas ikan parang+ayam goreng quarter+ulam+sambal paru(takde dalam gambar)+2 nasi putih+air barli+air sirap+air teh o = rm35+ kot macam tu..


Pada saya, rasa asam pedas di sini ok, agak sedap. Tapi suami saya komen macam ni; ni asam pedas yang tak pedas! hahahaha.. ok la admit it, mungkin nak sesuaikan dengan selera pelancong yang berasal luar dari Melaka kena lah kurangkan tahap kepedasannya =)

Tuesday 2 June 2015

my clingy baby

Saya ada 3 orang anak..yg pertama Nur Aleesya 4 tahun, ke-2 Muhammad Faheem 3 tahun dan ke-3 Nur Addeena 2 tahun. And yes! saya bersalin setahun sorang, 2011 2012 2013. Hari ni saya nak menceritakan mengenai anak saya yang ke-3, Nur Addeena yg bermaksud 'Cahaya agama kami'. Sudah dipersetujui oleh kami suami isteri untuk menamakan anak perempuan bermula dari huruf A seperti ibu, dan anak lelaki dari huruf F mengikut ayah.

So far Addeena adalah anak yg paling lama menyusu dengan saya, sudah menjangkau 1tahun 6bulan..yeay, ibu da boleh dpt master in breastfeeding! 6months to go untuk mlgkapkan penyusuan susu ibu selama 2 tahun. Being anak yg plg lama menyusu badan, and paling lama menjadi bongsu(setakat ni ^_^), budak sorang ni sangatla super duper manja tahap gaban.

bila Ibu atau ayah balik kerja, dia akan melekat dengan kita tak gerak2. you can not move! duduk diam2 sebelah die kalau tak kena marah oleh bdk garang ni! Kita tengok siapa yg balik kerja dulu, kalau ayah balik dulu dia akan geng ayah sampai ibu balik kerja. Bila ibu sampai dia akan melupakan ayah dalam sekelip mata. Seperti kacang lupakan kulit ye kau nak!hahaha.. Kalau ibu yg balik kerja dulu, die pimpin tangan ibu siap2 masuk bilik, sediakan bantal untuk ibu n sebut the magic words la menandakan dia nak menyusu sekarang juga! tak boleh lambat,nak buka tudung n stokin pon jadi masalah besar pada dia.

Nenek cakap anak2 ibu senang di jaga kalau sy n suami tiada kat rumah termasuk la si kenit addeena ni. Kalau kami kat rumah ya ampun anak2 ku sini nangis sana nangis sini gado sana gado. Boleh pitam! Tapi anak tetap anak, mcm mana kita tak cukup tangan jaga ank2 kita macam tu la juga parents kita jaga kita dulu :)

Nah belanja gambar dengan Addeena my clingy baby sikit!

Ini gambar latest kami di Hadramawt Palace di Bukit Baru. Tengok tu dengan slumber tolak muka ibu.

Di hari pembukaan Melantak Steak Hub di Kota Syahbandar. Tengok betapa sukar untuk mengawal si kenit di kedai makan. Meronta-ronta nak turun. Bawa Addeena ke kedai makan bermakna ayah dan ibu akan siap makan dalam masa less than setengah jam! takpe Addeena, ibu harap Addeena behave sikit after entering 2yo just like akak and abang. 

On the way balik ke rumah mil. Almost every weekend kami akan balik ke rumah mertua since berpindah ke semenanjung. Dalam kereta pon tak nak duduk diam. hurmmmm

Addeena teman ibu berbasikal dari rumah ke Pantai Puteri. Kenapa dia teman? sebab dia akan nangis bila nampak ibu da start kayuh basikal.Menggigil ok ibu kayuh basikal daki bukit. Siap turun, tolak basikal lagi!hahaha

 Gambar ni ayah wasap kat ibu. Ibu balik kerja lambat hari tu. Dua beradik berlakon nak pi sekolah.

Addeena dgn abang dan kakak. Ibu jaga sorang2 malam ni, ayah pi main futsal.

Walaupun Addeena anak clingy ibu, dia refuse nak sebut perkataan IBU tu. lagi-lagi ayah.. sentap mak tau! nak datang ngadu kat kita pon panggil kita ayah plak. Maafkan keserabutan saya dalam video tersebut. Capai je tudung yang ada sebab Addeena xnak ibu amek video die sorang2, kena teman!




tengok tuuuu..last2 dia marah ibu paksa dia sebut ibu...aptb

* baru perasan saya guna tudung yang sama dalam 3/5 gambar dan video yang saya upload hari ni..ngeee