Saturday 20 June 2015

Faheem 3 tahun!

16/6/2015, hari lahir Faheem yang ke-3..Selamat hari lahir anak ibu. Semoga menjadi anak yang soleh. Satu-satunya anak lelaki ibu setakat ni, sungguh la mencabar kewibawaan kami di sekelilingnya. Faheem anak yang lasak sangat lasak. Lasak yang bukan main-main. Lasak yang bila ditegur pon tak mendatangkan apa-apa kesan kat dia. hahaha.. adoila anak..

Macam adik beradik yang lain, birthday anak-anak ibu disambut secara sederhana. Cukup sekadar kek dan bawa anak-anak jalan. Plan tahun ni nak keluar selepas ibu & ayah balik dari kerja. Tapi memandangkan ibu ada meeting, plan asal terpaksa dianjak. Kami keluar selepas asar. Hanya ke Aeon Bandaraya memandangkan esoknya ibu dan ayah kena pi kerja.

 Anak-anak ibu. Sebab aku da malas nak usung stroller jd aku akan pilih tempat yang ada troli. Senang kau..Masuk tiga-tiga dalam tu, dan aku boleh shopping dgn bahagiadan sejahtera. Hehe.. Ni baru sampai Aeon. Biasa la anak aku mana nak tengok kamera..

Ibu beli 1 slice je sebab xkan abes kalau beli banyak-banyak.. Selamat Hari Lahir anak :)

Faheem 3 tahun? Nenek cakap, nenek ada 4 orang anak lelaki. Tapi takde sorang pon anak nenek yang boleh menandingi kelasakan Faheem. Sampai macam tu sekali.hehe.. Sudah berjaya diaperless di siang hari. 

Ni tengah demam jadi sopan santun sekejap die :p

jangan terpengaruh dengan kelembutan suara dia dalam ni. Pandai berlakon! Hahaha


No comments:

Post a Comment