Saturday 20 June 2015

Maybank Treats Fair

Hari ni aku macam da takde keje sangat dok update blog. Bila xupdate, berkurun ko tinggalkan kan? Keje banyak, sangat banyak. Tapi xdak mood.

Aku pengguna kad kredit. Tegar. Aku guna kad kredit maybank petronas. Apply masa buka akaun maybank di Lawas. Tujuan asal sebab mudah nak beli tiket flight. Tapi lepas tu terlepas jauh dari sasaran. Banyak digunakan masa aku n lakiku dok berjauhan. Sebulan 2x naik flight. Bukan sikit duit belanja yang lebur bila pjj. Bila suami dapat pindah duduk sama, baru perbelanjaan kembali stabil. Kami langsaikan semua hutang kad kredit. Guna hanya untuk isi minyak dan berbelanja groceries.

Waktu guna kad kredit pon kena pandai. Kalau isi minyak di petronas pada hari biasa, pointnya x5. Tapi point akan x8 bila kita isi weekend. Macam tu juga bila beli groceries di supermarket. Untuk hari biasa pointnya x1, kalau weekend point akan x5. Kenapa saya suka kumpul point? Sebab point2 tu boleh redeem! 

Ni barang pertama aku redeem. Philips food processor. Sangat berguna untuk aku yang konon-konon suka masak. Harga dalam RM100+. Aku reedem pada tahun 2012.

Selepas redemption yg pertama, kami gigih kumpul point. Hingga April 2015 point terkumpul ialah 120k+. Terbaca status kawan yg point utk redeem barang akan dinaikkan pada 1 Mei, aku cepat2 ke Maybank Cheng nak isi borang sebab aku mengalami masalah bila nak isi online.

 Aku nak redeem Aeon voucher 27 300=RM100. Dengan point yang terkumpul, aku dpt redeem RM400 voucher. 

Staff janji akan fax borang aku ke HQ hari yang sama, dan aku akan dapat voucher tu dalam masa paling lambat sebulan. Tapi masuk sebulan setengah tak nampak langsung bayang voucher. Aku decide nak pi cek balik permohonan aku di Maybank lain. Aku ke Maybank Pulau Sebang memandangkan food processor tu aku redeem di sana, dan barangnya muncul depan mata. Staf kat sana tolong call kan bahagian redemption point di KL. 

Aku : Boleh tolong cek kan status permohonan redemption treatpoint saya. (Give details)
Staf : Maaf puan, setelah saya semak permohonan puan tiada dalam rekod.
A : (Menyumpah dalam hati)
S : Kalau puan nak, saya boleh tolong applykan permohonan yang baru.
A : Ok lah macam tu, tolong buatkan permohonan yang baru.
S : Puan nak redeem barang apa?
A : Saya nak redeem barang yang sama, Aeon voucher. Haritu saya layak RM400.
S : Maaf puan, point telah dinaikkan sejak 1 Mei jadi nilainya da berbeza.
A : Saya sudah mohon sebelum 1 Mei dan masih menggunakan point yang lama. Saya rasa tak adil kalau saya kena guna point yang baru.
S : Saya faham, tapi saya tak boleh buat apa-apa.
A : Jadi apa solution untuk kes saya ni?
S : Puan boleh pergi semula ke Maybank yang puan buat permohonan ataupun ke Maybank treats fair di Mid Valley pada 11-14 Mei.
A : Ok, nanti sy fikirkan. TQ.

Point baru selepas 1 Mei. Voucher RM100 yang pada mulanya 27k point da jd 43k point. Beza sangat2!

So aku ada 2 option, 1 pergi semula ke Maybank Cheng, 2 ke Maybank Treats Fair. I chose option 2 sebab aku da malas nak jumpe pegawai yg xbertanggungjawab xhantar applicatin aku n kebetulan aku memang nak ke KL weekend tu. Lagipun dengar nama Mid Valley pon da teruja. Mid dengan budak UM memang kamceng!

Gerak dari Melaka pukul 830 dan masuk Mid pada pukul 11. Jalan nak masuk Mid ni xpernah xjem! Suami cakap xpela, sekejap je kan kat Maybank tu. Bukan ramai pon nak pi benda2 macam ni (ayat orang xpernah pi :D). Sampai2 kt hall tu amek kau, orang same ramai macam bila ada Baby fair! Kami dengan 3 anak kecik kena bersesak-sesak. Sabar sungguh! 

Entrance. Buat di Mid Valley Exh. Centre. Tengok lautan manusia.

 Cek treat points before ke booth yang dipilih. Earned 127k+.

 
Kami diberi pamplet barang yang boleh di redeem. Mata terus fokus Aeon voucher. 25k=RM100, rezeki! Alhamdulillah!

Untuk kaunter voucher redemption, kami kena beratur dalam 500m-600m. Lebih dari tu pon ye jugak. Queu yg sangat panjang. Dengan 3 cikenit, Boleh bayang tak? Dengan tempat beratur takde ekon. Dalam hati dok berdoa janganlah anak-anak meragam. Baru je habis doa Faheem da start drama. Nak ini nak itu. Baru beratur 2 minit da macam 20 minit. Tiba-tiba ada staff maybank datang, 
' Akak ikut saya eh. Akak dengan anak kecil'. Terus dibawa pi depan kaunter! Alhamdulillah lagi sekali urusan kami dipermudahkan hari ini.

 Ibu tersenyum lebar. RM500 Aeon voucher, boleh shopping baju raya anak =)
(1 set ada 5 keping voucher RM20)

Nak pakai kad kredit boleh, tapi kena disiplin. Guna terus bayar. Sepanjang 2012-2014 kami memang disiplin. Tapi bila dapat balik semenanjung, agak terumbang ambing sebab gaji yang makin kurang compared dengan gaji di Borneo, dan mudah sangat nak pi tempat shopping! Kalau dulu 2 jam setengah drive baru dapat jumpa Shopping mall yang selesa.

*sedang berusaha untuk menstruktur semula bajet bulanan dan cuba untuk kawal nafsu shopping!





No comments:

Post a Comment